Gossip Members ^_^

Saturday, January 8, 2011

Top 10 Tallest Building

10 bangunan tertinggi dunia catatan sehingga akhir tahun 2010. Selepas itu mabe ade perubahan kot.....




Top 1 : Burj Khalifa / Menara Khalifa (Emirates Arab Bersatu - Dubai)





Merupakan menara yang tertinggi di dunia (160 tingkat). Merampas status bangunan tertinggi pada January 2010 yang dipegang oleh Taipei 101 Tower sejak tahun 2004 lagi.

Bentuk seni bina yang berasaskan konsep Islamic:
1. Tiga lobus tapak bangunan yang berbentuk bunga padang pasir

2. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi. Berbentuk kubang bawang iaitu seni utama Islam.



Bahagian luarnya tersadur dengan aluminium dan keluli tahan karat (tahan calar ke??)

Mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat.
Tahan daripada gegaran gempa, angin ribut, taufan dan bencana lainnya.




Top 2 : Taipei 101 Tower (Taiwan - Taipei)


Adalah salah satu pencakar langit yang paling maju yang pernah dibuat pada zaman itu. Gedung ini memiliki keistimewaan iaitu penggunaan jaringan komunikasi menggunakan fiber optik dan hubungan internet satelit yang dapat mencapai kecepatan 1 gigabit per saat.
Menara berbentuk buluh ini merupakan simbolik kepada kebudayaan orang cina yang berkait rapat dengan bulu. Dua liftnya bergerak dengan kelajuan 60,6 km per jam menjadikannya sebagai lift paling laju di dunia pada saat pembukaannya pada 2004.
Bangunan ini dilengkapi dengan teknologi arkitek moden untuk menahan gegaran serta rintangan angin yg kuat.


Top 3 : Shanghai World Financial Center (China - Shanghai)


Menara tertinggi di Shanghai sekaligus di China buat masa ini. Merupakan sebuah bangunan pelbagai fungsi seperti gedung membeli-belah, hotel, pejabat dan muzium.
Siap sepenuhnya pada tahun 2008 setelah pembinaannya tertangguhkan selama lebih kurang satu abad ekoran krisis kewangan yang melanda Asia pada lewat tahun 90-an.


Top 4 : International Commerce Center (China - Hong Kong)



Disiapkan di Kowloon Barat pada tahun 2010. Merupakan bangunan tertinggi di Hong Kong. Menara ini mempunyai pelbagai fungsi seperti hotel, pusat perniagaan, pejabat dan tempat pemerhatian. Bangunan ini juga mempunyai banyak lift (30 lift pengguna, 14 lift shuttle dan 2 lift VIP). Hotel tertinggi di dunia juga terletak di sini.


Top 5 : Petronas Twin Towers (Malaysia - KL)



Merupakan bekas bangunan tertinggi dunia selama 6 tahun (1998-2004) selepas digantikan oleh Taipei 101 Tower. Namun, menara ini masih lagi memegang rekod sebagai menara berkembar paling tinggi di dunia. Premis ini digunakan sebagai pejabat komersil dan telah menelan belanja 1.6 bilion Dolar Amerika. Mempunyai sebanyak 78 buah lift dan merupakan antara yang terlaju di dunia. 


Top 6 : Nanjing Greenland Financial Center 



Bangunan 89 tingkat ini disiapkan pada tahun 2010 yang lepas. Setiap aras menara ini menyimpan fungsi2 berlainan seperti aras untuk kedai2, aras untuk restoran dan aras untuk pejabat. Bangunan yang berdekatan Sungai Yantze akan kelihatan amat cantik dengan cahaya apabila tiba waktu malam.


Top 7 : Willis Tower


Bangunan tertinggi di U.S sejak tahun 1974 hingga kini dan merupakan bangunan tertinggi di dunia 1974-1998. Title bangunan tertinggi telah diganti oleh Petronas Twin Tower sejak itu. Nama asalnya adalah Sears Tower sehinggalah pada 2009 digantikan dengan nama Willis Tower. Fungsi utamanya ialah sebagai bangunan pejabat dan komunikasi dan memiliki 104 buah lift termasuklah 16 lift "double-decker".


Top 8 : Guangzhou West Tower



Bangunan setinggi 103 tingkat ini terletak di daerah Tianhe, Guangzhou. Berfungsi sebagai pusat konvensyen, hotel serta pejabat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2010.


Top 9 : Trump International Hotel and Tower



Dikenali sebagai Trump Tower Chicago terletak di Chicago, Illinois. Bangunan ini telah dibuka pada Januari 2008 sebagai bangunan hotel dan condominium mewah. Kedudukannya yang berada di tengah2 bandaraya Chicago dan dikelilingi "landmarks" bandaraya itu membuatkan Trump International Hotel and Tower menjadi tumpuan penduduk sekitar mahupun pelancong atau ahli perniagaan. 


Top 10 : Jin Mao Tower



Bangunan 88 tingkat ini merupakan bekas bangunan tertinggi di China dan ke-5 tertinggi di dunia pada saat pembukaannya pada tahun 1999. Kedudukan bangunan tertinggi di China telah diambil alih oleh Shanghai World Financial Center pada 2007. Di buka sebagai pusat perniagaan, pejabat serta hotel mebuatkan ia menjadi tumpuan ramai.


p/s: senarai top 10 bangunan tertinggi ini mungkin akan berubah bila2 masa sahaja kerana terdapat banyak bangunan2 pencakar langit yang melebihi ketinggian 1,300ft yang sepatutnya dan akan siap pada 2010 dan 2011. Ini termasuklah 4 daripada UAE, 1 daripada China, 1 daripada Arab Saudi dan lain2. Jika dilihat daripada senarai bangunan berstatus "sedang dibina" dan dijangka siap dari 2012-1016, terdapat berdozen bangunan baru yang melebihi ketinggian 1,300ft. 

p/s no2: sources drpd wikipedia dan beberapa sumber lain =P

2 gosip panas!:

ONE said...

very informative :p ..

MaTNaggeR said...

thx. hope u like the post =)

Senarai BW