Gossip Members ^_^

Wednesday, January 12, 2011

Penemuan Planet baru Kepler-10b




Planet kecil yang bersaiz lebih kurang dengan bumi ini telah dikenal pasti sebagai planet berbatu tunggal yang pernah dijumpa saintis. Sebelumnya, planet-planet lain dijumpai berjisim ais dan gas.....

Planet yang banyak persamaannya dengan bumi ini terletak sangat jauh luar daripada sistem suria dan adalah 20 kali lebih dekat dengan matahari di sistem itu berbanding kedudukan marikh dengan matahari dalam sistem suria. Maksudnya.... planet ini sangat2 panas mencecah 1,371 darjah celcius. Lebih panas daripada lahar gunung berapi di bumi!

Data tentang planet ini dikumpul sejak tahun 2009-2010 namun kewujudannya disahkan baru-baru ini sahaja.... Mungkin satu hari nanti manusia boleh berpindah ke planet ini.... setelah teknologi dicipta untuk mengatasi kepanasan planet itu?? Mungkin.... siape tahu kan =)

Info Planet Kepler-10b
1. 40% lebih besar daripada bumi
2. Planet berbatu
3. Isipadu 1.6 kali lebih besar daripada bumi
4. 560 tahun cahaya daripada bumi
5. Suhu permukaannya yang terdedah dengan matahari mencapai suhu 1,371 darjah celcius

Sumber : Berita Harian Online (12/01/2011) & Website NASA

0 gosip panas!:

Senarai BW