Gossip Members ^_^

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, July 22, 2011

SPAM/SCAM FB Terbaru!

Salam sumer! Sorry lama tak update blog huhu.... biasalah busy dengan urusan kerja, study dan hal2 dunia yang lain. Harap2 lah lepas ni dapat nak update blog kesayangan aku neh haishhhh~

Post yang ni pendek jeerrrwwww. Nak bagi ingatan kat suma especially FB-er ni haaaaa. Sila berhati-hati dengan Spam/Scam terbaru kat FB. Ade lagi lain2 tapi yang dua ni yang aku selalu nampak. Dah nak gila asyik2 benda2 ni melekat kat wall and chatbox T__T

Spider Grows Under Her Skin


Mula2 akan muncul benda ni kat wall kawan2 korang.
AMARAN! JANGAN KLIK!!!

Kalau Klik gak.... benda kat atas akan muncul. X dapat nak tengok video pon!



Hi. How are you?


Yang ni pun licik gak! jangan balas chat tu eh. Nanti akan terkene virus!

Contoh SPAM kat chatbox aku sendiri. Bikin penuh inbox jek =.=

Yang ni dapat dari website lain. Sebagai rujukan =P.
AMARAN! JANGAN Klik Link Virus tu!!!


p/s: Kalau dah ade yang buat post ni... tak kisah lah. Makin ramai yang buat makin mudah nak tersebar kan? hehe~

Read More "SPAM/SCAM FB Terbaru!"

Sunday, March 20, 2011

Bercuti ke Melaka dan Komen Merong Mahawangsa




Hi Guyssss! Sorry tak update sangat entry recently huhu coz I sibuk sikit. And then hari ni nak pegi Melaka lah pulak bercuti.... Mat akan cube untuk update beberape entry (tak janji coz mabe kene g CC haha). 

Harap2 lepas bercuti ni ringan sikit kepala otak aku ni daripada pelbagai jenis beban especially stress campus hehe. Serious tengah stress wohhhh =P

Satu lagi nak cite.... kemarin Mat dah pegi tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa. Nak dikomen sket pasal movie well memang best coz kire canggih lah berbanding movie yang lain tapi taklah secanggih barat. Masih banyak lagi effects yang perlu di realistikkan bagi aku....

Then memang cite die kire epik macam tu lah tapi bagi orang yang dah tahu sejarah hikayat ni, macam tak puas hati since cite dah agak simplified gak lah huhu.... but still sangat best!!! Bangga coz satu hikayat yang agung boleh di movie kan ^_^

Sempat gak weiiii ak macam nak ter-nangis haha nasib kontrol macho sket kat dalam panggung wayang tu wakaka. Klakar dan sedih tapi message die untuk menyampaikan betapa gah nya sejarah Melayu memang aku tabik sangat2 =)

OK lah korang.... nak packing barang2 ni OK! hehe karang aku upload photo2 percutian ku kat Melaka LaLaLaLaLa~

p/s : Support industry pelancongan negara ^_^
Read More "Bercuti ke Melaka dan Komen Merong Mahawangsa"

Thursday, March 17, 2011

Kaitan Vacuum Hose dan Cukur Rambut

Baru kemarin Mat pegi cukur rambut kat sebuah kiosk murah kat Giant. Murah pun OK gak lah. Anyway.... ak potong pendek jerr and takde pun style2 rambut aku tu.... pendek biase jewwww =P

Yang buat aku terfikir pasal cite kite kat sini yelah habis jerr ah chai tu potong rambut aku, die gune satu hose macam hose vacuum tuk bersihkan sisa rambut kat kepala hahaha..... Geli aku dibuatnyeeeeee kekekeke. 

Sebijik macam hose ni @.@

Pantas kah aku menamakan bende tu dengan panggilan hose vacuum? Ape2 jelah yang penting konsep die same jerrr pon. Dah trend sesetengah barber pakai hose tu kotttt.

Haha kat bawah ni aku saje nak tunjuk photo dah cukur rambut hehe ingat pompuan je ke yang nak pose ni haaa? weeek! =P

Bajet cool kekeke

warrrggg! tau takot!!

p/s : hahaha jom carik kedai gunting yang ade hose tu =P
Read More "Kaitan Vacuum Hose dan Cukur Rambut"

Wednesday, March 16, 2011

Jangan Tertipu Dek Photo OK

Rata-rata orang mudah tertipu dengan gambar sahaje... lagi2 kat FB tu. Memang gile ramai lah yang trick mate kite dengan photo dorang yang di edit. Edit sket2 takpelah kottt tapi kalau dah indah kabar dari rupa tu ehem2 lambat laun kecewa gak kite kan huhu....

Haaa mai che tunjuk gambaq satu ni kat hangpa suma hahahaha

Nampak macam OK je kan?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TADA!!!!!


haaaa amacam? Lawa siooott! wkakaka!!!
Read More "Jangan Tertipu Dek Photo OK"

Sunday, March 6, 2011

Awas Dengan Salad!

Salad
Nak kurus dengan makan Salad! Kebanyakan orang akan fikir pasal diet dengan salad since itulah tradisi global untuk diet tapi AWAS

Mabe ramai yang tak sedar kalau korang amalkan diet memakan salad akan memudaratkan kesihatan. Memang benar salad adalah campuran sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat untuk kesihatan kite tapi akan memudaratkan kesihatan kalau diambil secara berlebihan eh....

Jika diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan masalah lemah tenaga batin! Salad juga antara punca masalah penglihatan jika diambil secara berlebihan!

Contohnya, vitamin C memang bagus untuk kesihatan tapi vitamin C kalau berlebihan kat dalam badan akan bertukar menjadi toksin. Toksin confirm tak baik untuk badan kan. So, pemakanan secara sihat adalah mengikut piramid makanan (bergantung kepada orang)

Piramid Makanan

Kita still perlukan diet untuk memberi kita tenaga, protin, serat dan lain-lain. Biasanya orang yang fanatik dengan idea menguruskan badan atau yang mengalami Anorexia Nervosa (wikipedia) akan menunjukkan gejala kurus secara berlebihan dan masalah kesihatan.

Piramid Makanan

Bagi yang mengamalkan diet tapi secara kawalan OK lah kot. Nasihat untuk orang-orang kat luar sana especially wanita hehe, diet tu kene hati-hati sikit OK ^_^
Read More "Awas Dengan Salad!"

Friday, March 4, 2011

Sebab Blogger Baru Tiada ShoutBox


Rata2 blogger kalau mengunjungi blog orang lain akan mencari shoutbox dahulu. Betul tak? Biaselah orang nak BlogWalking(BW) untuk mencari traffik atau mencari kenalan blogger baru hehe.

Shoutbox memang sangat penting dan biase digunakan oleh blogger especially blogger baru. Shoutbox tempat orang nak saling borak, tempat nak cari traffik atau tempat untuk saling bertukar kunjungan. Ade jugak blogger yang tak letak shoutbox ni. Mabe coz die dah ramai fan (traffik) atau pun menganggap shoutbox menyebabkan traffik die lari.... ntahlah. Ade banyak kemungkinannya.

Sebelum aku lari topik lagi.... terus jelah ak nak cakap pasal sebab kenape blogger baru tak pasang shoutbox kat dalam blog dorang? Ini hanya kemungkinan tak semestinya betul untuk semua orang okay =)

Yang aku tahu shoutbox adalah lambang kemesraan dan keterbukaan blogger!

Blogger Baru Tak Pasang Shoutbox:

01. Tak tahu cara pemasangan
02. Tak tahu wujudnya shoutbox ni
03. Memang tak tahu akan kepentingan shoutbox
04. Member blogger die ajar tak payah letak 
05. Sendiri rasa shoutbox tak perlu
06. Yakin boleh blogging tanpa shoutbox
07. Dah pasang tapi ntah kenape tak jadi2
08. Takut blog jadi berat? haha manalah tahu =P
09. Tak nak pasang coz anggap shoutbox tak lawa/menarik/comel hahahaha~
10. Blog sesak sangat dan terpaksa membuang shoutbox (jadi korban) lol
11. Ade orang asyik maki hamun dan memfitnah die kat shoutbox (kes tak tahan)
12. PC/Lappy die tak dapat nak support aplikasi shoutbox? (ade ke? haha mabe kott)
13. Last.... memang dah slow (ooopssss haha!) ----->x menuduh sesape okayyy =P


komen : letak jelah shoutbox tu wehhh. Orang suke datang ke blog yang ade shoutbox =)

Nak tag 4 latest entry commentators 

Read More "Sebab Blogger Baru Tiada ShoutBox"

Thursday, March 3, 2011

Penyakit Pembunuh Utama Lelaki




Hal ni mungkin ade yang tahu dan ade yang tak tahu iaitu rata2 diseluruh dunia perbezaan umur antara lelaki dan perempuan sebanyak 4-6 tahun. Lelaki secara purata jangka hayat lebih pendek 6 tahun compare to perempuan. 

Antara penyumbang terbesar kematian lelaki ialah akibat pelbagai penyakit. Kite biase gempak dan heboh dengan soal penyakit pembunuh perempuan. Ape kate kali ni aku nak cakap pasal penyakit pembunuh lelaki:

01. Penyakit Jantung
02. Stroke
03. Penyakit paru-paru 
04. Penyakit ginjal
05. Diabetes
06. Barah
07. Penyakit Alzheimer 
08. Influenza & phneumonia
09. Luka atau kemalangan
10. Bunuh diri

Alzheimer

Diabetes

Penyakit Ginjal

Barah paru-paru

Sebab:
1. Amalan pemakanan tidak sihat
2. Gaya hidup yang tidak sihat
3. Genetik
4. Faktor persekitaran
5. Kurang kesedaran tentang penjagaan kesihatan

Penyelesaian
1. Kawal pemakanan
2. Elakkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, dadah, seks bebas dan lain lagi
3. Jumpe doktor secara tetap
4. Elakkan persekitaran yang membahayakan kesihatan
5. Fokus kepada pendidikan dan kesedaran kesihatan

Komen : Lelaki pun perlu jaga kesihatan jugak! Especially untuk elakkan penyakit nombor 1 dan 3 tu.

Nak Tag Awek2 BCR =P
Read More "Penyakit Pembunuh Utama Lelaki"

Sunday, February 27, 2011

Pokok Mangga Berbuah Pisang!

Pokok Mangga Berbuah Pisang

Pokok mangga yang berbuah pisang ni telah menggemparkan penduduk sekitar Magelang, Jawa Tengah semalam. Pokok mangga ni dimiliki oleh sorang peladang di Daerah Desa Mangunsari Kecamatan Sawangan.

Pada mulanya, pemilik pokok mangga ni tak sedar yang buah mangga tu menyerupai pisang tapi bile buahnya makin besar barulah rupe buah tu nampak betul2 macam pisang.

Kejadian pelik ni menjadi bahan gosip penduduk sekitar dan makin ramailah yang menerjah tempat tu. Sempat gak pemiliknya meletakkan tabung amal kat situ dengan tujuan memberikannya kepada rumah amal ^_^

p/s : Memang banyak kejadian pelik yang terjadi kat dunia ni. Suma adalah keajaiban tuhan =)
Read More "Pokok Mangga Berbuah Pisang!"

Saturday, February 19, 2011

10 Negara Paling Kecil

Kebanyakan negara terkecil kat dunia ni adalah pulau2 kecil. Mostly bergantung kepada industri pelancongan dan sumber alam. Walau kecil atleast negara dorang ni taklah tercemar and senang nak di kawal since tak luas sangat.

1. Vatican City

Vatican City Flag

Negara paling kecil ini dalam anggaran mempunyai 700 orang penduduk sahaje tapi mereka ni bukanlah penduduk tetap. Terletak di tengah Rome menjadikannya sebagai pusat keagamaan Roman Catholic. Saiznya pula 0.2 batu persegi sahaja! (seluas satu bandar)

Vatican City


2. Monaco

Monaco Flag

Negara pesisir pantai Mediterranean ni hanye seluas 0.7 batu persegi. Dengan penduduk hanye seramai 32 ribu orang.... negara ni antara yang terkecil. Mendapat kemerdekaan sejak kurun ke-13. Memang kagum bagaimane negara kecil ni merdeka lame dahulu!

Monaco


3. Nauru

Nauru Flag

Nama lame Nauru ialah Pleasent Island sebelum kemerdekaan pada tahun 1968. Pulau yang berpenduduk seramai 13 ribu orang ni hanye seluas 8.5 batu persegi.

Nauru Island


4. Tuvalu

Tuvalu Flag

Negara kepulauan ni mendapat kemerdekaan sejak 1978 dan hanya seluas 9 batu persegi. Penduduk seramai 12 ribu orang sahaje dan industry pelancongan ialah sumber pendapatan utama pulau yang pernah digelar sebagai Ellice Islands.

Tuvalu Islands


5. San Marino

San Marino Flag

Negara kecil seluas 24 batu persegi ini terletak di Gunung Titano utara Italy dan penduduknya hanye seramai 29 ribu orang sahaje. Dikatakan sebagai negara tertua di Eropah sejak kurun ke-4 lagi.

San Marino

6. Liechteinstein

Liechteinstein Flag

Negara kecil yang cantik dan terletak di tengah2 antara Switzerland dan Austria di banjaran Alps. Penduduk seramai 34 ribu orang dan seluas 62 batu persegi.

Liechteinstein


7. Marshall Islands

Marshall Islands Flag

Satu lagi negara kepulauan (34 pulau) yang seluas 70 batu persegi. Mendapat kemerdekaan daripada US pada 1986.

Marshall Islands


8. Saint Kitts and Navis

Saint Kitts and Navis Flag

104 batu persegi dari segi keluasan. Negara Caribbean ni merdeka sejak tahun 1983 dengan pupolasi seramai 39 ribu orang.

Saint Kitts and Navis


9. Seychelles 

Seychelles Flag

Pulau yang sangat popular seluas 107 batu persegi dengan penduduk seramai 81 ribu orang. Mendapat kemerdekaan daripada England sejak 1976.

Seychelles Island

10. Maldives

Maldives Flag

Sape tak kenal Maldives kan? Antara pulau tercantik seluas 115 batu persegi. Terbentuk daripada lebih kurang 2000 pulau2 kecil dan hanye 200 buah pulau berpenghuni secare total 340 ribu orang. 1965 merupakan tahun kemerdekaan mereka daripada England.

Maldives Island

p/s : Best melancong kat tempat dorang ni. Kurang pencemaran!
Read More "10 Negara Paling Kecil"

Saturday, February 5, 2011

Keajaiban Mekah dan Kaabah

sumber photo : travelpod.com

Okay mari kite buat semak kat blog cintanabella!


Mekah dan Kaabah adalah pusat kepercayaan orang Islam di mana kiblat Muslim terletak di sini. Ajaran orang Islam mengenai keistimewaan Mekah dan Kaabah memang amat kita ketahui. Tapi apakah keistimewaaan kiblat Muslim ini daripada pandangan barat dan sains?

Menurut kajian sains barat, pusat bumi adalah di Mekah(Kaabah) dan satu-satunya 
"Golden Mean Point of The Earth" adalah Mekah! Betapa sains barat telah menemui kaitan kepercayaan Islam bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Kaitan penciptaan manusia dengan keistimewaan Mekah dan kaitannya pula dengan Kitab al-Quran. Kesempurnaan al-Quran telah dikaji dan amat terbukti!

Terlalu banyak penemuan sains dan persamaan antara ketiga-tiga perkara ini yang telah dinyatakan di dalam kitab suci Muslim! Sains sendiri terpaksa mengakui keajaiban dan kebenaran Islam. Malah terlalu banyak kebetulan yang terlalu ajaib untuk dikatakan sebagai kebetulan semata-mata.

Korang wajib tengok video kat bawah. Memang sangat menakjubkan dan membuka mata! huhu....


http://www.facebook.com/video/video.php?v=1525922747169

Read More "Keajaiban Mekah dan Kaabah"

Tuesday, January 18, 2011

Cara Penenang Diri



Minum Teh
Minum teh boleh menurunkan kadar hormon marah. Taklah hari2 hormon tak stabil kan? haha~


Tengok Video Lucu
Movie, siri drama TV atau buku2 genre lawak boleh membuat kite tergelak dan rase happy gituuuuu ^_^


Makan Coklat
Kajian saintis kononnye khasiat coklat dapat membesarkan pembuluh darah dan mengurangkan tekanan darah. So kire kuranglah naik darah @.@


Tengok Pemandangan
Kalau dapat tengok pemandangan indah dan sunyi disertai angin sepoi2 bahase..... waaaaa nyaman jerrrr


Cuci Muka atau Ambil Wuduk
Air dapat menenangkan perasaan marah atau gelisah. Air juge mengurangkan suhu badan yang marah sampai berasap hehe


Berurut
Mintak lah dengan sesape untuk urut2 kepale sikit. Kalau rase nak urut satu badan pegi spa.... tp jangan mitak special offer kat spa plakkkk. tu dah lain....


Luahkan Perasaan
Cube berkongsi cerita..... ceh kire dari hati ke hati lah ni hehe. Minte nasihat dan kate2 supportive, jangan pulak orang tu bantu gosip dan jadi batu api plak @.@
Kalau taknak, boleh je luahkan secara personally contoh pergi tempat2 tertentu dan teriak skuat hati. Lepas tu confirm rase lega.


Beribadat dan Aktiviti Spiritual
Buat mengikut agama masing2 seperti sembahyang dan meditasi.


Main Game
Hah! yang ni confirm2 berkesan! Main game kat FB tu haaaaaaa..... lupe dunia terus =P


p/s : Banyak lagi tapi dah malas nak fikir..... atau taip hehe.....
Read More "Cara Penenang Diri"

Saturday, January 15, 2011

Harga Flat Naik Lagi!


Mengikut sumber Berita Harian....... Harge flat kediaman kos rendah akan melonjak sehingge RM200,000 (unjuran) dalam tempoh sekurang-kurangnye empat tahun akan datang.

Perkara ini amatlah dirisaukan akan menyebabkan krisis hartanah seperti yang dirisaukan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Muhammad. 
Read More "Harga Flat Naik Lagi!"

Monday, January 10, 2011

Naked Amazon Women


Sesetengah suku Amazon di Benua Amerika Selatan masih lagi tidak terdedah dengan dunia luar.... dah masuk abad ke-21 pun masih lagi hidup dalam keadaan tradisi nenek moyang mereka. Wow!....

Mereka tidak memakai baju dalam hidup seharian, berburu menggunakan alat kuno seperti sumpit, tombak lama dan mengamalkan agama pagan. Terdapat lebih kurang 500 ribu orang Amazon Indian. Jumlah yang sangat sedikit berbanding 500 tahun dahulu lebih kurang 5 juta! Kenapa berkurang??? Semua akibat daripada penjajahan orang Eropah. Bagaimana tu?? Tahu2 lah ape kekejaman yang penjajah lakukan di seluruh dunia dulu dan kini......

Apa pun..... 34 keluarga bahasa berlainan telah dapat di kenal pasti di Amazon saje. Kalau digabungkan Eropah, Asia dan Afrika..... hanya terdapat 21 keluarga bahasa. Oh menakjubkan! Terdapat lebih kurang 500 suku Amazon berlainan dengan 74 suku masih terpisah daripada dunia luar (seperti photo2 di bawah). Sebelum penjajahan lebih kurang 5000 suku yang ada. Lihat lah kesan2 daripada penjajahan huhu.....



Kaum Wanita & Kanak Manda-manda (inilah Sunway Lagoon mereka)

Hidup dalam komuniti (Gosip2 sedang siapkan kenduri, haha Makcik2)

Kaum lelaki siap2 untuk berburu (para gadis... jgn lihat lame2 tau!)

Sumpit senjata berburu utama

Makanan faveret mereka huhu

p/s : Sorry censored hahaha. Kalau ade yang kurang puas hati dan nak tengok yang terang dan jelas sila berkunjung ke amazon (dash) tribe dot com. 
Read More "Naked Amazon Women"

Senarai BW